Sunday, May 6, 2012
Siapa Buruh - Mereka, atau Engkau atau Aku?
TERLEBIH dahulu, sebelum aku mencarut yang bukan-bukan, lebih baik aku mengucapkan dengan penuh rendah diri - Selamat Hari Buruh (1 Mei, 2012 tempohari); kepada sesiapa yang rasa dirinya 'buruh', termasuklah aku.
(Nota: Di akhir entri ini, saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mendapat 'increment' (naik gaji) sebanyak 25% dalam tempoh setahun)
1. Kuiz Pop #1: Apa beza 'kuli' dan 'buruh'?
2. Kuiz Pop #2: Apa beza kentut bunyi kuat dan perlahan?
3. Jawapan #1 & #2: Tiada beza. Walau zahirnya kentut yang kuat akan mendatangkan malu yang segera, kentut perlahan mampu 'membunuh' dalam senyap selamba - namun kedua-dua keluar dari 'lubang' yang sama.
4. Pabila Datuk Seri PM mengumumkan 'Gaji Minima' untuk para kuli dan buruh, orang-orang yang paling cepat melatah, adalah pengusaha serta pengilang asing, yang cuba mengecap belanja operasi rendah di negara membangun seperti Malaysia.
5. Sebelum aku teruskan, secara profesional, aku seorang jurutera (lepasan universiti Jepun).
6. Aku punya sebuah syarikat kerujuruteraan kecil yang buat kerja dari semegah konsultansi kompeni gergasi Jepun, hinggalah mengangkut sisa-sisa kimia dalam longkang mereka untuk dibuang ke dalam longkang di rumahku.
7. Setelah 5 tahun berhempas pulas menghirup bau longkang, aku meng'automasi'kan kompeniku dengan melepaskan kerja-kerja kepada sub-kontraktor - sambil menikmati fi-direktor (gaji buta).
8. Untuk melebarkan bisnes, aku perlu pelabur, dan kerana aku tak pernah percaya pada sistem bantuan kewangan negara kita yang tak pernah 'tekun', aku terima ofer dari sebuah trader Jepun bersaiz sederhana (FY2011, Sales RM4Billion).
9. Atas preteks 'perang dari dalam' (akan dibincang dalam entri lain), aku menjadi kuli atau buruh semula.
10. Aku tak nak cerita apa yang boleh dibuat dengan RM900, mari kita tengok apa yang tak boleh dibuat dengan RM900.
- rata-rata orang Jepun yang tinggal di Malaysia berumah di perumahan berprofil tinggi (cth. Mont' Kiara, Saujana Subang, KLCC dll.)
- sewa rumah seorang Jepun boleh menggaji sekurang-kurangnya 3-4 orang kuli atau buruh
- kalau kita makan 'kedekut' sehari-semalam RM10 (hampir mustahil), akan hanya tinggal RM600 untuk rumah, transportasi, anak-bini, (dah naik menyampah aku nak sambung entri ini)
- kita tak boleh bawa supplier (pembekal) dan customer (pelanggan) makan-makan di kedai sushi high-end, yang mampu cecah RM2,000 (gaji dua bulan kuli dan buruh) sekali hadap
- kita tak boleh bawa mereka-mereka dia atas berhibur di karaoke dan spa yang mampu cecah RM8,000 semalam, itu belum dikira dengan golf dan 'dada silikon' gadis-gadis Siam
- pendek kata, pendek sungguh nyawa kita dengan apa yang tinggal
11. Sebenarnya, ada banyak jalan keluar dari 'kesengsaraan' ini. Kita bincang lain kali.
12. Tips 'naik gaji' 25% dalam masa 1 tahun sahaja:
- dalam birokrasi korporat, sama seperti 'mengurat', perlu ada aplikasi 'pain and pleasure' (sakit dan sedap; jangan nak belit ayat aku) - untuk dapat apa yang kita mahu
- sewaktu interview (interbiu), sebelum mereka tanya gaji permintaan kita, dan sebelum tersepit dalam awkward-hesitation ('ragu-malu kera'), tanya mereka dengan telus berapa 'range' (peruntukan) untuk posisi yang ditawarkan (cth. RM4K-RM6K)
- tawar diri untuk mengambil gaji terendah, RM4K untuk tempoh probasi (90 ke 180 hari)
- propose; jika mereka tidak puas hati dengan hasil kerja kita, mereka boleh pecat, dan jika sebaliknya, mereka boleh bayar dengan gaji maksima (sasaran sebenar; RM5K)
- pelajaran penting: 'time frame' (jangka masa) dan 'proving value' (kerja bagai 'orang gila')
- bagi mereka: pleasure (sedap) adalah kerja kuat kita, dan pain (sakit) adalah takut kehilangan kita
- tempoh untuk bekerja bagai 'orang gila' hanyalah 90 ke 180 hari saja, dan mereka (terutama Jepun) akan hargai usaha gila kita, dan tak akan lepaskan 'orang gila' macam kita, kerana mereka juga gila
13. Selamat Hari 'Orang Gila'
Sunday, December 18, 2011
"Kaya, tuan?"
SEORANG ahli perniagaan dari Kuala Lumpur bercuti ke sebuah pulau kecil. Sebuah kampung nelayan di Pulau Pangkor. Atas arahan doktor perbadinya. Dia dikejutkan dengan panggilan dari pejabat pada pagi pertama. Lantas berjalan keluar dari hotel untuk melegakan pening di kepala.
Sebuah bot kecil dengan seorang nelayan sedang berlabuh. Dalam botnya ada beberapa ekor ikan tuna, yang agak jarang. Si ahli perniagaan memuji kualiti tangkapan si nelayan, lalu bertanya.

"Pakcik, berapa lama pakcik perlu untuk tangkap ikan-ikan itu?"
"Sekejap saja, tuan." Jawab nelayan dengan loghat kota yang petah-petah.
"Kenapa pakcik tak tangkap ikan lebih lama, supaya hasil lebih banyak?"
"Jadilah tuan, inipon dah cukup nak menampung satu keluarga saya." Jawab nelayan endah-endah.
Orang kota tak jemu soal, "Apa pakcik buat waktu lapang?"
Orang pulau tak jemu jawab, "Saya tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, Mariam, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat. Hari saya penuh dan jenuh, Tuan."
Si ahli perniagaan bentak, "Saya seorang ahli perniagaan berjaya, saya boleh tolong pakcik. Pakcik patut memukat lebih lama, dengan lebih pendapatan, beli bot besar. Pendapatan besar dari bot besar, boleh beli banyak bot-bot besar, sampai punya searmada. Daripada jual kepada peraih, jual terus pada pengilang, dan lepas tu, buka kilang. Kawal produk, mengilang, dan pemasaran.
"Pakcik kena tinggal kampung nelayan kecil ini dan pindah ke Ipoh, kemudian ke KL, lambat laun ke New York City, kerana bisnes makin besar"
Nelayan Pangkor bertanya, "Tapi tuan, berapa lama semua itu perlu?"
Tak berkedip, ahli perniagaan KL balas, "15 ke 20 tahun."
"Lepas itu, apa pula, tuan?" Tanya nelayan.
Gelak besar si ahli perniagaan, bagai dia paling pandai, "Bahagian itu paling menarik! Bila waktu dah tepat, pakcik akan umum IPO dan jual syarikat ikan pakcik pada awam. Pakcik jadi kaya, sangat kaya, lebih kaya dari saya!"
"Kaya, tuan?" Balas nelayan. "Lepas itu?"
Kata ahli perniagaan, "Lepas itu pakcik boleh bersara. Pindah ke kampung nelayan kecil, di mana pakcik boleh tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat."
*Kudos to Tim Ferriss

Saturday, August 20, 2011
Remdhan Kareem; Lesson No. 2
How to Be RM500 Richer Every Remdhan (Di mana ada kemahuan, di situ ada, highway)
(Background music: Bulan Ditutup Awan by Rokiah Wanda)
1. Dengan lagak orang yang berpuasa sebulan batiniah, aku nak potong pendek foreplay dan terus ke 'ranjang' entri kali ini: Bagaimana nak berjimat RM500 sebulan?
2. Jawapan: Jadilah Mat Rempit.
3. Jom buat sikit kira-kira:
- Kereta: Jeep Cherokee 2.5l
- Jarak rumah-office-rumah (DP-Mid Valley City-DP): 30km, 5hari/minggu x 4 (+α 2hari)
- Fuel consumption: 8km/l (on a good day); Petrol: RM1.90/l
- Jumlah: 30 bahagi 8 darab 1.90 darab 22 bersamaan RM156.75 sebulan untuk petrol
- Toll: Penchala Link-Sprint-Sprint-TTDI = 2+1.5+1.5+1 = RM6
- Sebulan dah RM132 untuk tol sahaja.
- Parking (@The Gardens South Tower): RM150/bulan - Jadi murid-murid, dengan transportasi sahaja aku mengeluarkan sebulan: RM438.75 - Tolak tambah itu-ini, begitu-begini (maintenance etc) cincai-boncai RM500
4. Bulan Remdhan, perjalanan 30 minit boleh jadi 1 jam, perangai yang baik boleh jadi macam har@# (it rhymes), jadi aku ambil keputusan untuk merempit.
5. Kalau ikut kira-kira dari scooter Modenas Karisma sampailah HD Iron 883 hanya petrol yang menjadi liabiliti (tolak maintenance etc)
- Karisma's fuel consumption: 45km/l; dalam RM30/bulan (amacam, ada berani?)
- Iron 883's: 21km/l; pon dalam RM60/bulan (ranggi sikit)
- Tak ada tol, tak ada parkir (kalau ada pon RM1/hari x 22), no hassle
6. Nabi Muhammad kata perkara yang kita amalkan selalu akan jadi tabiat, habit. Dan bulan Remdhan adalah latihan yang baik untuk recalibrate (kalibrasi) diri kita.
7. Jadi, apa kau nak buat dengan extra RM500 setiap bulan?
8. Hari tu gigih aku merempit, tapi tersadai juga di bawah flyover dengan rakan-rakan rempit, gara-gara hujan. Bukan senang nak jadi millionaire ni, der...
(Background music: Jenggo by Lilies Suryani)

Sunday, August 14, 2011
Remdhan Kareem; Lesson No. 1 (Part 2)
How to Survive Bazaar Remdhan Part 2 (Jom selamatkan Murtabak daripada tong sampah)
1. Benda yang selalu aku beli dan selalu juga aku tak makan adalah, Murtabak.
2. Nilai kewujudan Murtabak itu sendiri agak payah dikategorikan - saiznya agak kental untuk dibuat appetizer, tidaklah manis untuk dijadikan menantu mahupon dessert, dan agak daif dari segi kehebatan untuk dibuat menu utama.
3. Murtabak tidak dimakan di awal juadah kerana kita ingin menyimpan bahagian perut abomasom (satu bahagian daripada empat dalam perut lembu) untuk seaneka jenis juadah utama lain i.e. nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, dan tidaklah juga nasi kangkang.
4. Kononnya kita hendak makan selepas makan juadah utama, tetapi malangnya perut kita tidaklah sama seperti seekor lembu walaupon bernafsu sama seperti seekor lembu.
5. Jadi, nasib Murtabak seringkali berakhir di mulut tong sampah.
6. Ironinya fenomena begini selalu terjadi di bulan yang mulia ini - pembaziran tahap gaban dan jamban - bila kita "bite more than we can chew" (tak ukur baju di badan sendiri dan badan Kila Fairy).
7. Jadi bagaimanakah Murtabak dapat diselamatkan daripada mulut tong sampah?
i. Ukur baju dan perut di badan sendiri bukan di badan Kila Fairy.
ii. Buat sistem: kirakan bilangan juadah yang ingin kita lahap, dan bahagikan dengan 30 hari, buat jadual berkala dan beli/makan ikut hari.
iii. Bawa duit cukup-cukup dalam wallet.
iv. Jangan beli Murtabak.

Friday, August 12, 2011
Remdhan Kareem; Lesson No. 1 (Part 1)
How to Survive Bazaar Remdhan Part 1 (Bagaimana Murtabak mengelak tong sampah?)
1. Apakah itu 'survival'? (Thesaurus Bahasa Melayuku agak terhad, atau kosa kata Bahasa Melayu itu sendiri agak terhad untuk penjelasan yang tepat)
2. Survival is all about conserving energy. Apa yang paling penting dalam survival adalah, penjimatan tenaga.
3. Mari kita kaji cerita dua ekor lembu jantan ini:
Ada dua ekor lembu jantan, seekor muda dan seekor tua, sedang meragut rumput di atas sebuah bukit. Sedozen lembu betina pula meragut rumput di kaki bukit itu. Musim mengawan.
Seterpandangnya lembu-lembu jantan itu akan prospek yang agak horny nun di kaki bukit, berkatalah lembu muda itu kepada lembu tua, "Abang, ayuhlah kita berlumba ke bawah, menunaikan tanggungjawab kita pada mereka."
Dengan pantas dan rakus, lembu muda pon berlari selaju angin kus-kus (translasi: cepat yang amat), untuk mendebungakan lembu-lembu bertuah itu - dengan harapan keremajaannya dapat mengatasi kematangan lembu tua dari segi bilangan lembu-lembu betina yang bakal disenyawakan.
Lembu tua hanya tersenyum dan dianya menuruni bukit perlahan-lahan tanpa kabut dan kelam.
Setibanya lembu muda di kaki bukit, hampir seluruh tenaganya telah habis digunakan untuk berlari, lantas tidaklah dapat dianya mencapai poten-si dan mengiringi walau seekor lembu betina ke puncak klimaksi.
Tinggallah lembu tua bagai di harlem dengan habuannya untuk survial yang haqiqi.
Tammat.
4. Kita akan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan tajuk ini, apabila otak dan badan lebih cergas selepas beriftar.
5. Adakah Murtabak dapat menyelamatkan diri lagi dari mulut tong sampah?
6. Sudah hendak masuk separuh bulan puasa, dan aku masih berjaya mengelakkan diri dari bencana Bazaar Remdhan.
7. Sebelum mengakhiri entri hari ini, berikut adalah top 3 Bazaar Remdhan aku:
iii. Sungai Penchala - sebab dekat dengan rumah.
ii. Jalan Ipoh (Jalan Kuching/Kepong) - sebab variety and affordability
i. Jeng 3x (drum rolls) Bazaar Remdhan TTDI - sebab separuh dari pahala puasa sehari, akan kering kontang disebabkan gadis-gadis manis berlegging dan berhot-pants yang menghurungi.

Wednesday, September 22, 2010
Gadis Semasa
Oh aku terpikat, memikat, kau memang ligat. Tak sangat.
Kepada Jantan Kota yang memburu, yang memasang jerat dan kail, dan yang menadah tangan kelangit mengharap hujan dara (bongok) - fahamilah 3 jenis Gadis Semasa.
Semua ada hubung kait dengan perkataan 'content'; atau dalam istilah Melayunya, 'puas'.
1. Yang Content
- bini orang, tunangan orang, girlfriend orang, bukan orang (pontianak etc), lesbian etc
2. Yang Tak Content
- bukan bini orang, bukan tunangan orang, bukan girlfriend bapak kau (gurau), orang utan, dan yang heteroseksual (suka tak sama jenis)
3. Yang Separa Content
- bini orang yang tak gumbira lahir batin, tunangan orang terpaksa, girlfriend orang yang sudah berhubungan statik lebih dari 3 tahun, orang gila meroyan, dan Gadis Semasa yang nakal/jahat dan yang sewaktu dengannya
Jadi jika buruan, jerat dan kail tak mengena, dan doa anda tak makbul (Tuhan hanya tolong orang yang berusaha, pemalas) - jangan susah hati. Mungkin Gadis Semasa itu tergolong dalam golongan 1. Dia tak perlukan anda sebab dia dah 'puas' dengan apa yang dia ada; lahir dan batin.
Lebih baik kecewa menchoba dari sakit hati tidak menchoba, dan pulang ke rumah ketuk kepala dengan belakang parang tertanya-tanya apa akan jadi kalau menchoba.
Bergembiralah, kerana 2/3 (>60%) daripada Gadis Semasa di luar sana sedang menanti Jantan Kota yang berhati emas seperti anda. Cuma berhati-hati dengan golongan 3.
a. Mereka kadang-kadang mengalami buyer's remorse; menyesal kemudian
b. If you lie to your man, don't ever think I'm gonna make you my woman.
c. Cuma ada ketikanya, anda dapat membantu Gadis Semasa itu keluar dari kegelapannya dan memberi dia cahaya, dari kemilau emas hatimu nan satu itu
Malangnya, cuma 1 dari 10 Jantan Kota yang ada testikals.

Tuesday, August 31, 2010
Indahnya Remdhan Part 3
Japanese beauties...
Kenapa Maggi Asam Laksa sangat enak? Tolak tepi bahan-bahan seperti canned Mackarel (Sardine), bawang putih segar, dan telur ayam kampung - walaupon kosong, Maggi mee tetap terbaek.
Tapi choba makan ia waktu kita tidak kebulur, atau waktu kita banyak duit. Hampeh! Jeling pon kita tidak.
It's all in your mind. Sedap dan enak itu bukan di tekak, tapi di otak.
Sayangnya di bulan yang mulia ini ramai orang yang tidak berotak. Angkat tangan siapa di sini yang selalu membazir. Bongok!
Setiap kali sebelum Iftar kita sangka kita perlu dan boleh lahap bahagian breakfast, lunch, dinner sekali arung. Tamak.
Sebenarnya satu hidangan sudah mencukupi hence a'la carte. Menu yang kita biasa pesan dan jamah di restoran atau di rumah.
Buffet Ramadhan di sana sini memanifestasi pembaziran. Dengan RM55++ tu kita boleh nikmati satu hidangan penuh kualiti.
Minggu ni aku nak berkongsi makanan kegemaran aku untuk Iftar i.e. makanan Jepun.
Gambar 2 courtesy of Pasta Zanmai Plaza Damas, Sri Hartamas - fusion antara Jepun dan Itali. Pasta dengan ikan panggang dengan sos miso.
Gambar 3 courtesy of Sumika Yakitori Sek. 15, Subang Jaya - 'yakitori' bermaksud ayam bakar dengan kata lain, 'satay Jepun'.
Gambar 4 courtesy of Shogun One Utama (New Wing), Bandar Utama - buffet Jepun yang menghidangkan hampir 80% daripada semua jenis makanan Jepun yang ada dalam sejarah peradaban Doraemon dan Gaban. Kalau 'Rakuzen' boleh dikatakan antara yang terbaik dengan ikan-ikan salmon etc. segar diterbangkan dari Hokkaido setiap hari, kepada yang paling memalukan Shin-chan dan Ksatria Baja Hitam i.e. Sushi King etc dengan menu seperti dikutip dari tong sampah Rakuzen - mutu lauk-pauk di Shogun adalah above average malah tak melampau aku katakan secara peribadi, Shogun terbaek.
Semua ini adalah dalam lingkungan RM55++. Mana satu pilihan anda?
Apa? Aku cakap tak serupa bikin? Aku juga makan Buffet Ramadhan?
Ya, aku memang bongok dan tamak, sekali sekala. Aku juga manusia biasa yang punya khilaf dan kelemahan. Hee-hee! Selamat ber-Iftar.

Subscribe to:
Posts (Atom)