Sunday, December 18, 2011

"Kaya, tuan?"

SEORANG ahli perniagaan dari Kuala Lumpur bercuti ke sebuah pulau kecil. Sebuah kampung nelayan di Pulau Pangkor. Atas arahan doktor perbadinya. Dia dikejutkan dengan panggilan dari pejabat pada pagi pertama. Lantas berjalan keluar dari hotel untuk melegakan pening di kepala.

Sebuah bot kecil dengan seorang nelayan sedang berlabuh. Dalam botnya ada beberapa ekor ikan tuna, yang agak jarang. Si ahli perniagaan memuji kualiti tangkapan si nelayan, lalu bertanya.

"Pakcik, berapa lama pakcik perlu untuk tangkap ikan-ikan itu?"

"Sekejap saja, tuan." Jawab nelayan dengan loghat kota yang petah-petah.

"Kenapa pakcik tak tangkap ikan lebih lama, supaya hasil lebih banyak?"

"Jadilah tuan, inipon dah cukup nak menampung satu keluarga saya." Jawab nelayan endah-endah.

Orang kota tak jemu soal, "Apa pakcik buat waktu lapang?"

Orang pulau tak jemu jawab, "Saya tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, Mariam, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat. Hari saya penuh dan jenuh, Tuan."

Si ahli perniagaan bentak, "Saya seorang ahli perniagaan berjaya, saya boleh tolong pakcik. Pakcik patut memukat lebih lama, dengan lebih pendapatan, beli bot besar. Pendapatan besar dari bot besar, boleh beli banyak bot-bot besar, sampai punya searmada. Daripada jual kepada peraih, jual terus pada pengilang, dan lepas tu, buka kilang. Kawal produk, mengilang, dan pemasaran.

"Pakcik kena tinggal kampung nelayan kecil ini dan pindah ke Ipoh, kemudian ke KL, lambat laun ke New York City, kerana bisnes makin besar"

Nelayan Pangkor bertanya, "Tapi tuan, berapa lama semua itu perlu?"

Tak berkedip, ahli perniagaan KL balas, "15 ke 20 tahun."

"Lepas itu, apa pula, tuan?" Tanya nelayan.

Gelak besar si ahli perniagaan, bagai dia paling pandai, "Bahagian itu paling menarik! Bila waktu dah tepat, pakcik akan umum IPO dan jual syarikat ikan pakcik pada awam. Pakcik jadi kaya, sangat kaya, lebih kaya dari saya!"

"Kaya, tuan?" Balas nelayan. "Lepas itu?"

Kata ahli perniagaan, "Lepas itu pakcik boleh bersara. Pindah ke kampung nelayan kecil, di mana pakcik boleh tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat."

*Kudos to Tim Ferriss

Saturday, August 20, 2011

Remdhan Kareem; Lesson No. 2

How to Be RM500 Richer Every Remdhan (Di mana ada kemahuan, di situ ada, highway)

(Background music: Bulan Ditutup Awan by Rokiah Wanda)


1. Dengan lagak orang yang berpuasa sebulan batiniah, aku nak potong pendek
foreplay dan terus ke 'ranjang' entri kali ini: Bagaimana nak berjimat RM500 sebulan?

2. Jawapan: Jadilah
Mat Rempit.

3. Jom buat sikit kira-kira:


- Kereta: Jeep Cherokee 2.5l

- Jarak rumah-office-rumah (DP-Mid Valley City-DP): 30km, 5hari/minggu x 4 (+α 2hari)
- Fuel consumption: 8km/l (on a good day); Petrol: RM1.90/l
- Jumlah: 30 bahagi 8 darab 1.90 darab 22 bersamaan RM156.75 sebulan untuk petrol
- Toll: Penchala Link-Sprint-Sprint-TTDI =
2+1.5+1.5+1 = RM6
-
Sebulan dah RM132 untuk tol sahaja.
- Parking (@The Gardens South Tower)
: RM150/bulan - Jadi murid-murid, dengan transportasi sahaja aku mengeluarkan sebulan: RM438.75 - Tolak tambah itu-ini, begitu-begini (maintenance etc) cincai-boncai RM500
4. Bulan Remdhan, perjalanan 30 minit boleh jadi 1 jam, perangai yang baik boleh jadi macam har@# (it rhymes), jadi aku ambil keputusan untuk merempit.

5. Kalau ikut kira-kira dari scooter Modenas Karisma sampailah HD Iron 883 hanya petrol yang menjadi liabiliti (tolak maintenance etc)

- Karisma's fuel consumption: 45km/l; dalam RM30/bulan (amacam, ada berani?)
- Iron 883's: 21km/l; pon dalam RM60/bulan (ranggi sikit)
- Tak ada tol, tak ada parkir (kalau ada pon RM1/hari x 22), no hassle

6. Nabi Muhammad kata perkara yang kita amalkan selalu akan jadi tabiat, habit. Dan bulan Remdhan adalah latihan yang baik untuk recalibrate (kalibrasi) diri kita.

7. Jadi, apa kau nak buat dengan extra RM500 setiap bulan?

8. Hari tu gigih aku merempit, tapi tersadai juga di bawah flyover dengan rakan-rakan rempit, gara-gara hujan. Bukan senang nak jadi millionaire ni, der...

(Background music: Jenggo by Lilies Suryani)

Sunday, August 14, 2011

Remdhan Kareem; Lesson No. 1 (Part 2)

How to Survive Bazaar Remdhan Part 2 (Jom selamatkan Murtabak daripada tong sampah)

1. Benda yang selalu aku beli dan selalu juga aku tak makan adalah, Murtabak.

2. Nilai kewujudan Murtabak itu sendiri agak payah dikategorikan - saiznya agak kental untuk dibuat appetizer, tidaklah manis untuk dijadikan menantu mahupon dessert, dan agak daif dari segi kehebatan untuk dibuat menu utama.

3. Murtabak tidak dimakan di awal juadah kerana kita ingin menyimpan bahagian perut abomasom (satu bahagian daripada empat dalam perut lembu) untuk seaneka jenis juadah utama lain i.e. nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, dan tidaklah juga nasi kangkang.

4. Kononnya kita hendak makan selepas makan juadah utama, tetapi malangnya perut kita tidaklah sama seperti seekor lembu walaupon bernafsu sama seperti seekor lembu.

5. Jadi, nasib Murtabak seringkali berakhir di mulut tong sampah.

6. Ironinya fenomena begini selalu terjadi di bulan yang mulia ini - pembaziran tahap gaban dan jamban - bila kita "bite more than we can chew" (tak ukur baju di badan sendiri dan badan Kila Fairy).

7. Jadi bagaimanakah Murtabak dapat diselamatkan daripada mulut tong sampah?

i. Ukur baju dan perut di badan sendiri bukan di badan Kila Fairy.

ii. Buat sistem: kirakan bilangan juadah yang ingin kita lahap, dan bahagikan dengan 30 hari, buat jadual berkala dan beli/makan ikut hari.

iii. Bawa duit cukup-cukup dalam wallet.

iv. Jangan beli Murtabak.

Friday, August 12, 2011

Remdhan Kareem; Lesson No. 1 (Part 1)

How to Survive Bazaar Remdhan Part 1 (Bagaimana Murtabak mengelak tong sampah?)

1. Apakah itu 'survival'? (Thesaurus Bahasa Melayuku agak terhad, atau kosa kata Bahasa Melayu itu sendiri agak terhad untuk penjelasan yang tepat)

2. Survival is all about conserving energy. Apa yang paling penting dalam survival adalah, penjimatan tenaga.

3. Mari kita kaji cerita dua ekor lembu jantan ini:

Ada dua ekor lembu jantan, seekor muda dan seekor tua, sedang meragut rumput di atas sebuah bukit. Sedozen lembu betina pula meragut rumput di kaki bukit itu. Musim mengawan.

Seterpandangnya lembu-lembu jantan itu akan prospek yang agak horny nun di kaki bukit, berkatalah lembu muda itu kepada lembu tua, "Abang, ayuhlah kita berlumba ke bawah, menunaikan tanggungjawab kita pada mereka."

Dengan pantas dan rakus, lembu muda pon berlari selaju angin kus-kus (translasi: cepat yang amat), untuk mendebungakan lembu-lembu bertuah itu - dengan harapan keremajaannya dapat mengatasi kematangan lembu tua dari segi bilangan lembu-lembu betina yang bakal disenyawakan.

Lembu tua hanya tersenyum dan dianya menuruni bukit perlahan-lahan tanpa kabut dan kelam.

Setibanya lembu muda di kaki bukit, hampir seluruh tenaganya telah habis digunakan untuk berlari, lantas tidaklah dapat dianya mencapai poten-si dan mengiringi walau seekor lembu betina ke puncak klimaksi.

Tinggallah lembu tua bagai di harlem dengan habuannya untuk survial yang haqiqi.

Tammat.

4. Kita akan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan tajuk ini, apabila otak dan badan lebih cergas selepas beriftar.

5. Adakah Murtabak dapat menyelamatkan diri lagi dari mulut tong sampah?

6. Sudah hendak masuk separuh bulan puasa, dan aku masih berjaya mengelakkan diri dari bencana Bazaar Remdhan.

7. Sebelum mengakhiri entri hari ini, berikut adalah top 3 Bazaar Remdhan aku:

iii. Sungai Penchala - sebab dekat dengan rumah.
ii. Jalan Ipoh (Jalan Kuching/Kepong) - sebab variety and affordability
i. Jeng 3x (drum rolls) Bazaar Remdhan TTDI - sebab separuh dari pahala puasa sehari, akan kering kontang disebabkan gadis-gadis manis berlegging dan berhot-pants yang menghurungi.