Tuesday, July 13, 2010

Selenggara-lah

DUA, tiga minggu lepas aku sebok menyelenggara dua, tiga harta benda posesi (possession) aku iaitu gitar-gitarku, kasut-kasut sukanku, kuda tuaku yang setia dan masih gagah, dan alat-alat pertukanganku (tools etc).

'Alah membeli menang memakai'

Dan diantara beli dan pakai, perlu ada proses selenggara yang betul untuk melengkapkan pepatah itu.

Pepatah yang lebih tepat adalah, 'alah membeli, betul selenggara, menang memakai'.

Kalau berok berpunggong merah pon pandai 'menyelenggara' diri dengan saling membantu mencabot kutu dari badan masing-masing - kenapa tidak kita manusia?

Aku taknak mula berceloteh tentang Perempuan dan Selenggara. Cukuplah tentang insan kerdil yang busuk dan kaya Testosterone i.e. Jantan.

Tolak tepi soal material, atau selenggara luaran. Tolak tepi soal sahsiah dan peribadi, Ilmu Duit dan Ilmu Pikat yang juga membantu memberi 'sinar' kepada si Jantan. Dan tak perlulah aku sentuh soal Iman dan Amal, kerana aku sendiri belum cukup terselenggara dalam bab ini.

Aku tak faham dengan istilah sindrom 'lepas kahwin' - bukan secara literal, tapi kenapa ia perlu terjadi? Tolak tepi bau hapak ikan, dan lemak-lemak yang menumpang gembira di tubuh si Isteri. Tapi apa dah jadi pada si Suami? Kenapa cuma selenggara diri sebelum kahwin, kenapa jadikan fasa kahwin pemisah di antara 'pemburu' dan 'berok berpunggong merah yang ditembak pemburu' - falsafah 'dah kahwin sudahlah'.

Kita akan cakap soal selenggara diri lebih detail lagi lain kali. Tapi secara asasnya untuk kekal Jantan Berkualiti (GQ) kita perlu selenggara diri dengan; pinjam kata-kata Gene Simmons (KISS), 'banyak bersukan, banyak makan sihat, banyak minum air, banyak ketawa, dan banyak seks ('dah kahwin sudah' sajalah)'.

Kerja-kerja selenggaraku dua-tiga minggu sudah:



Gitar-gitarku (3 Akustik dan 1 Ukulele): Tukar tali baru sebulan sekali, gilap bodynya dengan chemical, oilkan talinya, dan belailah ia gaya di malam pertama.


Kasut-kasut sukanku (Motocross, sukan bermotor i.e gokart etc merangkap kasut jalan-jalan, jogging/gym/futsal/jalan-jalan bila terpaksa, badminton/squash): Cuci kasut adalah perkara asas, tapi membeli kasut yang berkualiti akan beri pulangan jangka masa panjang. Tukar tali setahun sekali. Polish kalau kulit, jahit dan gam kalau koyak, dan tukar tapak setahun sekali. Dan 'terbaek' adalah membeli sepasang kasut untuk setiap jenis sukan yang diceburi i.e. jangan guna kasut motocross di sawah dsb.


Kuda Tuaku (Norton Single 350CC): Minggu sudah aku tukarkan fiber glass pembalut ekzos. Selain dari menampakkan ketidak-konservatifan atau lebih rugged, ia juga boleh menjadi penebat haba yang baik. Dan bila konduksi haba terkawal asap ekzos lebih stabil membantu menambah kuasa kuda motor.


Alat-alat pertukanganku i.e. tools: WD40 membantu menggilap dan mengelak dari karat untuk memastikan kelancaran serta ketahanan 'alat-alat' anda - takkan lepas 'kerja' taknak cuci, reput nanti.

Selenggara Tinggi

KAMUS Melayu-English online yang aku jumpa rata-rata menulis maksud maintenance sebagai 'nafkah/sara hidup/pemeliharaan'.

Aku kurang setuju dalam konteks ini - mungkin 'selenggara' lebih sesuai. Jadi 'High Maintenance' bererti 'Selenggara Tinggi'.

Frasa ini i.e. High Maintenance atau Selenggara Tinggi yang banyak membantotkan dan mensabotaj mentaliliti orang kita esp. Jantan Kota.

"Aku bukan tak nak beli kereta macam tu, tapi susah, Selenggara Tinggi."

"Aku bukan tak nak 'urat' awek macam tu, tapi susah, High Maintenance."

Pemikiran sebegitu yang hadkan kemampuan, kebolehan, dan mimpi seorang lelaki.

Kerana lelaki suka kereta, biar aku cuba analogi ini. Ada 3 jenis lelaki.

i. Lelaki Kancil - Lelaki yang pilih kereta Kancil kerana ekonomi dan simplisiti yang ditawarkan. Dia jaga dan belai, menghargai Kancil itu seadanya tanpa menjeling Mercedes Benz & BMW yang menjalar kelilingnya.

ii. Lelaki Lembu - Lelaki yang memerah keringat dan belikat akalnya untuk memiliki Si Lembu (Lamborghini), yang mungkin pada suatu fasa hidupnya perlu menaiki Kancil sementara mencapai citanya.

iii. Lelaki Baghal - Lelaki yang memiliki Kancil yang tak pernah berbela dan dijaga, yang sebok menjeling Mercedes Benz & BMW yang menjalar kelilingnya - tapi pemalas nak mampos untuk bersusah payah mencapai citanya.

Analogi ini juga boleh diaplikasikan kepada perempuan; Kancil adalah perempuan biasa, Lamborghini adalah perempuan luar biasa, Mercedes Benz & BMW adalah segala perempuan lain yang menjalar di antara Si Kancil dan Si Lembu, dan Si Baghal.

Pepatah orang tua; 'alah membeli, menang memakai' - banyak benarnya.

Barang yang mahal dan berkualiti tinggi tahan lama, tulen, dan memberi kepuasan kepada pemiliknya. Jantan Kota yang bekerja kuat layak menikmati kehidupan yang elok. Hanya lelaki Baghal yang malas yang beri seribu satu alasan untuk tidak memiliki kehidupan yang lebih elok. Benda yang pahit, payah, dan susah itu adalah nikmat. Mana ada ubat yang sedap?

Bukan mudah untuk memiliki Si Lembu. Tapi bila sudah memiliki tentu kudratnya mampu menyelenggara Si Lembu. Lelaki yang ada usaha, pasti ada jalan. Lagipon Si Lembu tidaklah mudah uzur macam Si Kancil yang tak pernah berbela dan dijaga.

Thursday, July 1, 2010

JANTAN KOTA: Episod 4 'Hak'

UNDANG-UNDANG di ‘rimba besi’ antara dua orang lelaki yang bersahabat melibatkan seorang perempuan adalah mudah.

1. Tidak boleh menjalinkan hubungan dengan teman wanita atau bekas teman wanita, adik perempuan/kakak/ibu/nenek dan yang sewaktu dengannya.
2. Dan tidak boleh memotong ‘trip’ atau ‘mencantas’ atau berebut seorang perempuan yang sama, samada secara terang atau berselindung.

Sebagai Jantan Kota sejati, aku dan Ishaq akur dan patuh dengan undang-undang itu.

Di dalam rimba belantara, dua ekor singa jantan akan berbunuhan untuk mendapat hak mengawan dengan sekawanan singa betina. Tamak. Tapi nama pon binatang. Tidaklah mereka ke sekolah dan berkawan dengan Ah Meng, dan juga berkawan namanya Muthu. Tidaklah juga berkawan baik sama sedarjah, belajar bersama, dan main bersama.

Tapi sepanjang hayat persahabatan kami, aku dan Ishaq pernah dua kali berebut perempuan. Dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Hodoh dan memalukan.

Bodoh. Bodoh untuk lelaki yang berebut. Dan bodoh juga untuk lelaki yang tidak berbuat begitu untuk memiliki Ayu. Ba-wau-dhal-wau-ha!

Undang-undang bodoh yang dicipta malam gila itu agaknya hasil daripada otak yang penat, dan kadar gula serta karbon yang tinggi dalam Teh 'C' serta arang Satay Perut kami.

Untuk mendapatkan hak memiliki Ayu, atau dengan ayat yang lebih tepat, iaitu hak meng’urat’ Ayu dan berebut dengan 1001 lelaki lain di luar sana.

Undang-undangnya cuma satu – aku dan Ishaq perlu berpacaran dengan gadis-gadis dengan nama yang bermula dengan huruf-huruf ‘A-Y-U-M-I’. Sesiapa antara kami yang berjaya melengkapkan ‘AYUMI’ terlebih dahulu akan dikurniakan hak itu. Pandai.

Sebaik sahaja undang-undang gila itu termaktub, aku bingkas bangun ke meja sebelah yang dihuni tiga orang perempuan awal 20-an. Cantik dan miang.

"Hey there! Lemme guess, you must be the Smart one, you are the Good one. And from the way you grin I betcha my pinky, that you are the Naughty one." (Hei di sana! Biar saya teka, awak adalah Si Pandai, awak pula Si Baik, dan dari gaya awak 'sengeh', saya bertaruh jari kelingking yang awak adalah Si Nakal.)

Gadis-gadis bertiga 'mengekek' ketawa.

Keyakinan tahap bomoh kaki raba yang mengaku boleh membuang sial dan hantu, dan ayat 'power' lagak politikus penipu, dapat membantu memikat.

Si Nakal menghulur tangan, "I like your style. My name is Deanna, you can call me Anna." (Saya suka gaya awak. Nama saya Deanna, panggil saya Anna.)

Aku menyambut tangannya yang mulus dengan hatiku yang tulus. Aku menjeling pada Ishaq. Dia mengangguk memberi persetujuan. Akalku 'mengekek' ketawa.

Huruf pertamaku. 'A' untuk Anna...