DUA, tiga minggu lepas aku sebok menyelenggara dua, tiga harta benda posesi (possession) aku iaitu gitar-gitarku, kasut-kasut sukanku, kuda tuaku yang setia dan masih gagah, dan alat-alat pertukanganku (tools etc).
'Alah membeli menang memakai'
Dan diantara beli dan pakai, perlu ada proses selenggara yang betul untuk melengkapkan pepatah itu.
Pepatah yang lebih tepat adalah, 'alah membeli, betul selenggara, menang memakai'.
Kalau berok berpunggong merah pon pandai 'menyelenggara' diri dengan saling membantu mencabot kutu dari badan masing-masing - kenapa tidak kita manusia?
Aku taknak mula berceloteh tentang Perempuan dan Selenggara. Cukuplah tentang insan kerdil yang busuk dan kaya Testosterone i.e. Jantan.
Tolak tepi soal material, atau selenggara luaran. Tolak tepi soal sahsiah dan peribadi, Ilmu Duit dan Ilmu Pikat yang juga membantu memberi 'sinar' kepada si Jantan. Dan tak perlulah aku sentuh soal Iman dan Amal, kerana aku sendiri belum cukup terselenggara dalam bab ini.
Aku tak faham dengan istilah sindrom 'lepas kahwin' - bukan secara literal, tapi kenapa ia perlu terjadi? Tolak tepi bau hapak ikan, dan lemak-lemak yang menumpang gembira di tubuh si Isteri. Tapi apa dah jadi pada si Suami? Kenapa cuma selenggara diri sebelum kahwin, kenapa jadikan fasa kahwin pemisah di antara 'pemburu' dan 'berok berpunggong merah yang ditembak pemburu' - falsafah 'dah kahwin sudahlah'.
Kita akan cakap soal selenggara diri lebih detail lagi lain kali. Tapi secara asasnya untuk kekal Jantan Berkualiti (GQ) kita perlu selenggara diri dengan; pinjam kata-kata Gene Simmons (KISS), 'banyak bersukan, banyak makan sihat, banyak minum air, banyak ketawa, dan banyak seks ('dah kahwin sudah' sajalah)'.
Kerja-kerja selenggaraku dua-tiga minggu sudah:
Gitar-gitarku (3 Akustik dan 1 Ukulele): Tukar tali baru sebulan sekali, gilap bodynya dengan chemical, oilkan talinya, dan belailah ia gaya di malam pertama.
Kasut-kasut sukanku (Motocross, sukan bermotor i.e gokart etc merangkap kasut jalan-jalan, jogging/gym/futsal/jalan-jalan bila terpaksa, badminton/squash): Cuci kasut adalah perkara asas, tapi membeli kasut yang berkualiti akan beri pulangan jangka masa panjang. Tukar tali setahun sekali. Polish kalau kulit, jahit dan gam kalau koyak, dan tukar tapak setahun sekali. Dan 'terbaek' adalah membeli sepasang kasut untuk setiap jenis sukan yang diceburi i.e. jangan guna kasut motocross di sawah dsb.
Kuda Tuaku (Norton Single 350CC): Minggu sudah aku tukarkan fiber glass pembalut ekzos. Selain dari menampakkan ketidak-konservatifan atau lebih rugged, ia juga boleh menjadi penebat haba yang baik. Dan bila konduksi haba terkawal asap ekzos lebih stabil membantu menambah kuasa kuda motor.
Alat-alat pertukanganku i.e. tools: WD40 membantu menggilap dan mengelak dari karat untuk memastikan kelancaran serta ketahanan 'alat-alat' anda - takkan lepas 'kerja' taknak cuci, reput nanti.
No comments:
Post a Comment