Monday, August 9, 2010

Phenom

DUA hari lepas, aku experienced, mengalami dua 'Fenomena Seni' di KL. Satu, pada hari Ahad (walaupon Chelsea kalah Community Shield) @ Fenomena Faizal Tahir. Dan semalam (Isnin) Cuci The Musical 2 @ Istana Budaya.

Aku kagum dengan kualiti persembahan dan hangat sambutan. Artis-artis kita semakin bijak dan pencinta seni semakin matang. Aku adalah salah seorang yang bias (pilih bulu) suatu ketika dulu terhadap industri seni tanahair.

Aku tak nafikan masih ramai penggiat seni di Malaysia terlalu naif dan 'buta seni' - menghasilkan produk demi wang semata. Masa orang sebok menggemar muzik nasyid suatu ketika dulu, berlumba-lumbalah mereka hasilkan nasyid tanpa memikirkan kualiti. Lagu-lagu yang sepatutnya memuji Tuhan, lebih kedengaran seperti lagu iklan ubat sakit 'meroyan'. Bila orang sebok buat cerita hantu, segala produser tergesa-gesalah 'membela' hantu di balik kamar, terlalu kerap kita terserempak sehinggakan yang patut seram jadi lawak. Mekap hantu dah tak banyak beza dengan bohsia Borobudur.



'Fenomena Faizal Tahir' adalah rakaman untuk program Hari Raya. Ada Azlan and The Typewriter, Adibah Nor, Sifu M. Nasir, dan tentulah Faizal Tahir. Walaupon aku bukanlah antara peminat tegar 'Suparman' Malaysia ini, dengan rambut ala model Pantenenya, lirik tulisannya yang mampu ditulis oleh kanak-kanak tadika di Bandong Indonesia (aku kamu, kamu aku) - tapi aura dan kewujudannya memang besar. Aura 'Suparsatar'.



Cuci The Musical 2 adalah 'terbaek'. Walau agak panjang (4 jam), dan permulaannya agak tawar dengan jenaka kosong yang aku yakin Abg. Afdlin 'cilok' sikit sebanyak dari Raja Lawak 4 - keseluruhannya amat memuaskan. Aura-aura besar dalam Cuci 2 i.e. Afdlin Shauki, Awie, Vanida Imran, Jac Victor etc mula menyengat di hujung separuh pertama. Iringan live band pimpinan Acis (Sheila Majid duduk betul-betul di belakangku), dengan Shah Slam on guitar menghidupkan suatu fenomena.

Terus terang aku bukanlah penggemar Nabil Ahmad di luar pentas, dan aku ragui kebolehannya jika dibandingkan dengan watak asal 'C'Tan' lakonan AC Mizal dengan repertoirenya sebagai pengacara, pelakon, pemakai CD di leher (4U2C) dsb. Tapi Nabil hanya perlu menjadi dirinya sendiri untuk menukar perspektif aku. Tidak keterlaluan aku katakan Nabil lebih bagus daripada AC Mizal, tolak tambah attitude mereka di luar pentas. Nabil Raja Lawak, Respect!

Kudos to Harith Iskander yang berjaya mengarah dengan cemerlang. Orang kita boleh. Aku suka dengan details yang pengarah garapkan dalam teater ini. Cameo by penari tersohor negara Pat Ibrahim, adegan di Wira Internationals dengan klon-klon gadis setiausaha penuh beritma, dialog analogy yang bijak, set yang cantik - dan paling 'terbaek' adalah nyanyian solo oleh Rockstar pujaan Awie Wings. Tegak bulu 'pisang goreng Jojo' dengar Abg Geboo 'tarik' lagu Sejati (gimik).

Aku bertuah dapat berkongsi panggong dengan nama-nama besar industri seni tanahair i.e. Dato' CTK etc, dan berterima kasih kepada insan yang berhati emas yang bertungkus lumus mencarikan tiket untuk insan kerdil ini.

Semalam adalah pementasan terakhir, walau diberitakan Tok Det juga datang tapi tak terlihat kelibatnya, dan mungkin pementasan 'terbaek' dan penuh emosi bagi warga Cuci 2. Tangisan-tangisan para pemain teater adalah real dan terkesan, membuktikan industri seni kita masih bernyawa dan punya cerah harapan. Dan tangisan-tangisan itu juga bukti apresiasi dan janji untuk seni. Super 'terbaek'!

Nyaris-nyaris air mata jantanku juga bertaburan. Nyaris-nyaris.

2 comments: