Japanese beauties...
Kenapa Maggi Asam Laksa sangat enak? Tolak tepi bahan-bahan seperti canned Mackarel (Sardine), bawang putih segar, dan telur ayam kampung - walaupon kosong, Maggi mee tetap terbaek.
Tapi choba makan ia waktu kita tidak kebulur, atau waktu kita banyak duit. Hampeh! Jeling pon kita tidak.
It's all in your mind. Sedap dan enak itu bukan di tekak, tapi di otak.
Sayangnya di bulan yang mulia ini ramai orang yang tidak berotak. Angkat tangan siapa di sini yang selalu membazir. Bongok!
Setiap kali sebelum Iftar kita sangka kita perlu dan boleh lahap bahagian breakfast, lunch, dinner sekali arung. Tamak.
Sebenarnya satu hidangan sudah mencukupi hence a'la carte. Menu yang kita biasa pesan dan jamah di restoran atau di rumah.
Buffet Ramadhan di sana sini memanifestasi pembaziran. Dengan RM55++ tu kita boleh nikmati satu hidangan penuh kualiti.
Minggu ni aku nak berkongsi makanan kegemaran aku untuk Iftar i.e. makanan Jepun.
Gambar 2 courtesy of Pasta Zanmai Plaza Damas, Sri Hartamas - fusion antara Jepun dan Itali. Pasta dengan ikan panggang dengan sos miso.
Gambar 3 courtesy of Sumika Yakitori Sek. 15, Subang Jaya - 'yakitori' bermaksud ayam bakar dengan kata lain, 'satay Jepun'.
Gambar 4 courtesy of Shogun One Utama (New Wing), Bandar Utama - buffet Jepun yang menghidangkan hampir 80% daripada semua jenis makanan Jepun yang ada dalam sejarah peradaban Doraemon dan Gaban. Kalau 'Rakuzen' boleh dikatakan antara yang terbaik dengan ikan-ikan salmon etc. segar diterbangkan dari Hokkaido setiap hari, kepada yang paling memalukan Shin-chan dan Ksatria Baja Hitam i.e. Sushi King etc dengan menu seperti dikutip dari tong sampah Rakuzen - mutu lauk-pauk di Shogun adalah above average malah tak melampau aku katakan secara peribadi, Shogun terbaek.
Semua ini adalah dalam lingkungan RM55++. Mana satu pilihan anda?
Apa? Aku cakap tak serupa bikin? Aku juga makan Buffet Ramadhan?
Ya, aku memang bongok dan tamak, sekali sekala. Aku juga manusia biasa yang punya khilaf dan kelemahan. Hee-hee! Selamat ber-Iftar.
Saya makan buffet Traders Hotel Penang dapat 50% diskaun.Dah berkali kali pergi dah! ;-)
ReplyDeleteBtw, tak pernah terlintas plak pasta masuk dengan ikan.
Laksa tu bukan sejenis pasta kan? ;-p