Siapa tak kenal Karipap Che' Endon? Banyak kali juga Che' Endon menang pertandingan memasak, esp Karipap Che' Endon. Pernah aku terfikir nak franchisekan brand Karipap Che' Endon ini - insya'Allah suatu masa nanti.
Berbalik kepada Indahnya Remdhan, Part 2 adalah tribute untuk mee yang tiada nama registered yang digelar 'Laksa Mee', dan kueh yang jarang-jarang dilihat di kota i.e. Kueh Dangai (Dangei dalam loghat Perak).
Penyediaannya agak mudah, kuahnya daripada sup isi ikan kembung dengan serai dan asam keping. Jangan celur mee terlalu lama macam laksa. Teksturnya perlu sempurna, kerana kekenyalan adalah aset utama juadah ini. Kacang panjang dipotong bersama lobak masin dan udang kering. Kemudian sambalnya ditumis dengan udang basah dan api yang perlahan sehingga agak kering, bagai Andalusia (anak dara lanjut usia) menanti pinangan.
Oh Indahnya Remdhan.
Part 3, aku akan belek-belek kain anak dara kota pula (terjemahan: makanan dan tempat-tempat Iftar yang menarik di Kota. Stay tuned.
askum jd,kat kampung aku ada la kueh dangai tu,3 bijik seringgit...
ReplyDeletelama xmakan masakan cik endon!
ReplyDeleteingat x d... laksa sedap!
*sambil korek gonopgonop*
hahahahahahah!