Monday, August 16, 2010

Indahnya Remdhan Part 1


Tiada yang lebih indah daripada berpuasa di kampung halaman...

Semasa di Universiti di Jepun dulu, sahabat-sahabatku yang bermata sepet itu selalu bertanya tentang bulan Remdhan dan puasa. Oleh kerana kami adalah pelajar kejuruteraan, aku memilih analogi dari sudut mekanikal.

Bulan puasa adalah bulan untuk calibration (kalibrasi), bulan untuk reset dan memperbetulkan akal, hati dan jasad. Menahan diri dari lapar dan dahaga, nafsu dan nafsi, dan sebagainya.

Teman wanita sepetku juga berjaya berpuasa dua hari, bila aku usulkan padanya yang puasa dapat membantu diet - cuma dia tak berjaya menahan dahaganya.

Secara saintifik, perut yang dipaksa berlapar akan beroperasi secara auto-pilot untuk membantu sistem badan berfungsi, dan segala keajaiban Tuhan dengan enzim-enzim serta penawar 'kerosakan' dirembes untuk tujuan baik pulih.

Tapi dengan syarat kita patuhi sunah-sunah puasa i.e. bersahur, tidak tidur lepas sahur, riadah ringan (jika mampu), bertebaran di muka bumi mencari rezeki macam hari-hari di bulan biasa bukan 1001 alasan untuk malas, berbuka bukan melantak, dan beribadah.

Tapi kalaulah si sepet-sepet tu semua dapat lihat budaya puasa di Malaysia, maka akan mansuhlah fakta-fakta yang aku hujahkan menjadi auta-auta.

Budaya makan di luar, PARAM (Pasar Ramadhan), ACAPPAN (Acar Papaya Paling Anggun Nenekmu), Sathiya dsb menggugat 'nawaitu'.

Tak perlulah aku mula bercerita tantang lauk-pauk recycle dua-tiga-empat hari, masakan tiada kasih sayang, harga yang tidak berpatutan dsb.

Aku hanya nak mengingatkan betapa Indahnya Remdhan dengan masakan ibu di kampung, budaya bertukar lauk-pauk dsb yang kita Orang Kota amat rindui dan dambakan.

Seminggu aku berpuasa di kampung halamanku bersama ibu tercinta, dan inilah diantara juadah-juadahnya:









Mee Sanggol:
Mee Sanggol ini adalah makanan orang Cina. Bentuknya sebelum dicelur menyerupai sanggol rambut. Saiznya macam Linguine pada Fettucine, iaitu separuh dari saiz Kuey Teow, nipis sedikit daripada Pan Mee. Digoreng seperti mee goreng biasa cuma, ibuku akan mengisar ikan bilis dengan cili kering sebagai pastenya.

Rahsia kedua adalah sos cili spesel buatan Kg. Koh Sitiawan iaitu Sos Cili Cap Arnab (gambar kanan). Sedikit sos tiram. Dan sayur terbaik adalah daun kucai. Udang-udang sebesar tapak tangan bayi (bukan Singh) juga adalah amat dialu-alukan.

Pemanis mulut terbaek adalah Roti Jala. Instead of dicecah dengan kuah kari ayam, aku lebih gemar makan dengan gula merah/kabung, mungkin juga kuah deghoyan.

1 comment:

  1. JD is now a blogger on steroid.

    He just can't stop posting. And I couldn't keep up.

    Btw, aku ada pengalaman pasar Ramadhan nih.

    Member bukak gerai, nak amik hati nasi dah beli tapi belilah jugak daging seketui dengan member tue.

    Beli pukul 6 petang, balik berbuka 730 dah ada satu macam bau... Pfft..

    Kedua, PARAM (Pasar Ramadhan) punya lauk sooo effing expensive!

    Ayam sekecil tapak tangan baby baru lahir seketul, sayur, daging secebis kecik jer(bukan sekeping besar RM1.80 tu)..RM7!!

    Seminggu terakhir nanti aku akan berbuka di foodcourt Cina dekat umah..murah pun murah...

    -www.theminimalistguy.com-

    ReplyDelete