KAMUS Melayu-English online yang aku jumpa rata-rata menulis maksud maintenance sebagai 'nafkah/sara hidup/pemeliharaan'.
Aku kurang setuju dalam konteks ini - mungkin 'selenggara' lebih sesuai. Jadi 'High Maintenance' bererti 'Selenggara Tinggi'.
Frasa ini i.e. High Maintenance atau Selenggara Tinggi yang banyak membantotkan dan mensabotaj mentaliliti orang kita esp. Jantan Kota.
"Aku bukan tak nak beli kereta macam tu, tapi susah, Selenggara Tinggi."
"Aku bukan tak nak 'urat' awek macam tu, tapi susah, High Maintenance."
Pemikiran sebegitu yang hadkan kemampuan, kebolehan, dan mimpi seorang lelaki.
Kerana lelaki suka kereta, biar aku cuba analogi ini. Ada 3 jenis lelaki.
i. Lelaki Kancil - Lelaki yang pilih kereta Kancil kerana ekonomi dan simplisiti yang ditawarkan. Dia jaga dan belai, menghargai Kancil itu seadanya tanpa menjeling Mercedes Benz & BMW yang menjalar kelilingnya.
ii. Lelaki Lembu - Lelaki yang memerah keringat dan belikat akalnya untuk memiliki Si Lembu (Lamborghini), yang mungkin pada suatu fasa hidupnya perlu menaiki Kancil sementara mencapai citanya.
iii. Lelaki Baghal - Lelaki yang memiliki Kancil yang tak pernah berbela dan dijaga, yang sebok menjeling Mercedes Benz & BMW yang menjalar kelilingnya - tapi pemalas nak mampos untuk bersusah payah mencapai citanya.
Analogi ini juga boleh diaplikasikan kepada perempuan; Kancil adalah perempuan biasa, Lamborghini adalah perempuan luar biasa, Mercedes Benz & BMW adalah segala perempuan lain yang menjalar di antara Si Kancil dan Si Lembu, dan Si Baghal.
Pepatah orang tua; 'alah membeli, menang memakai' - banyak benarnya.
Barang yang mahal dan berkualiti tinggi tahan lama, tulen, dan memberi kepuasan kepada pemiliknya. Jantan Kota yang bekerja kuat layak menikmati kehidupan yang elok. Hanya lelaki Baghal yang malas yang beri seribu satu alasan untuk tidak memiliki kehidupan yang lebih elok. Benda yang pahit, payah, dan susah itu adalah nikmat. Mana ada ubat yang sedap?
Bukan mudah untuk memiliki Si Lembu. Tapi bila sudah memiliki tentu kudratnya mampu menyelenggara Si Lembu. Lelaki yang ada usaha, pasti ada jalan. Lagipon Si Lembu tidaklah mudah uzur macam Si Kancil yang tak pernah berbela dan dijaga.
aku lebih suka perempuan selenggara rendah tetapi mempunyai bumper dan chamber dan absorber dan horn dan lain lain yang berkualiti tinggi..
ReplyDeletetetapi kalau tak diselenggara dengan betul, lama kelamaan akan kurang jugak kualitinya.. ahhh.. dunia dunia...
from Hazril
Alah membeli, menang memakai.
ReplyDeleteYour friend, JD
Ingatkan lama menyepi darat crocs dah jadi copper crocs...rupa-rupanya dah ada words of wisdom baru...
ReplyDeleteHarap tuan rajin menulis sebab ada ramai pembaca senyap macam saya ni...
Saya stuju dengan "good things don't come easily"
Seperti biasa tulisan tuan penuh dengan testosteron..
Teruskan
-The Minimalist Pu$&y Hunter-
Hey this may out of topic but I saw you in Bon Odori!! 帽子をかぶった!! And, I like your icon. L'arc en Ciel/Hyde rocks! :)
ReplyDeletePeace!
sokong lelaki lembu!!hiap!!
ReplyDelete