Sunday, December 18, 2011

"Kaya, tuan?"

SEORANG ahli perniagaan dari Kuala Lumpur bercuti ke sebuah pulau kecil. Sebuah kampung nelayan di Pulau Pangkor. Atas arahan doktor perbadinya. Dia dikejutkan dengan panggilan dari pejabat pada pagi pertama. Lantas berjalan keluar dari hotel untuk melegakan pening di kepala.

Sebuah bot kecil dengan seorang nelayan sedang berlabuh. Dalam botnya ada beberapa ekor ikan tuna, yang agak jarang. Si ahli perniagaan memuji kualiti tangkapan si nelayan, lalu bertanya.

"Pakcik, berapa lama pakcik perlu untuk tangkap ikan-ikan itu?"

"Sekejap saja, tuan." Jawab nelayan dengan loghat kota yang petah-petah.

"Kenapa pakcik tak tangkap ikan lebih lama, supaya hasil lebih banyak?"

"Jadilah tuan, inipon dah cukup nak menampung satu keluarga saya." Jawab nelayan endah-endah.

Orang kota tak jemu soal, "Apa pakcik buat waktu lapang?"

Orang pulau tak jemu jawab, "Saya tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, Mariam, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat. Hari saya penuh dan jenuh, Tuan."

Si ahli perniagaan bentak, "Saya seorang ahli perniagaan berjaya, saya boleh tolong pakcik. Pakcik patut memukat lebih lama, dengan lebih pendapatan, beli bot besar. Pendapatan besar dari bot besar, boleh beli banyak bot-bot besar, sampai punya searmada. Daripada jual kepada peraih, jual terus pada pengilang, dan lepas tu, buka kilang. Kawal produk, mengilang, dan pemasaran.

"Pakcik kena tinggal kampung nelayan kecil ini dan pindah ke Ipoh, kemudian ke KL, lambat laun ke New York City, kerana bisnes makin besar"

Nelayan Pangkor bertanya, "Tapi tuan, berapa lama semua itu perlu?"

Tak berkedip, ahli perniagaan KL balas, "15 ke 20 tahun."

"Lepas itu, apa pula, tuan?" Tanya nelayan.

Gelak besar si ahli perniagaan, bagai dia paling pandai, "Bahagian itu paling menarik! Bila waktu dah tepat, pakcik akan umum IPO dan jual syarikat ikan pakcik pada awam. Pakcik jadi kaya, sangat kaya, lebih kaya dari saya!"

"Kaya, tuan?" Balas nelayan. "Lepas itu?"

Kata ahli perniagaan, "Lepas itu pakcik boleh bersara. Pindah ke kampung nelayan kecil, di mana pakcik boleh tidur tak awal, memukat sedikit, main dengan cucu, tidur ayam di tengahari bersama sang isteri, merayap dalam kampung di petang sambil layan kopi kampung dan main keroncong dengan sahabat."

*Kudos to Tim Ferriss

No comments:

Post a Comment