Sambungan...
SELALU kita baca tentang teknik atau cara untuk menambah BAHAGIA (bukan menambah bahaya, dengan menambah 'payung emas' dsb). Law of Attraction; 'Hukum Tarikan' menganjurkan - apa yang kita fikir, akan jadi diri kita.
Berikut adalah 10 (6-10) perkara yang boleh sabotaj keharmonian, kebahagiaan dan ketenangan kita:
6. Terlalu hargai posesi (harta benda) melebihi pengalaman
Bila kita punya terlalu banyak 'mahu', kita akan lupa apa yang benar-benar 'perlu'. Kita perlukan sebuah kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, namun 23 biji kenderaan yang sama fungsinya (cth. Ferrari merah, kuning, cokelat, kelabu taik anjing etc.) adalah kemahuan yang KOSONG. Tiada erti. Mungkin kita bertungkus lumus untuk mendapatkan sebiji 'kereta sukan' untuk berlumba, yang kita eksplorasi had kuasanya - berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan enthusiast (pencinta) - ia jauh lebih bermakna dari menggilap 23 biji kereta dan hanya menayang sahaja.
Nota kaki (menyimpang lagi): Manusia adalah seperti mesin. Perlu dieksplorasi had kemampuannya. Kereta berkuasa kuda 500bhp, kalau hanya diguna untuk pergi ke pasar basah Selayang, lambat laun akan jadi 'lemau' kerana tidak diuji had kuasanya. Mungkin dengan jumlah wang yang sama, kita mampu membeli SUV atau 4WD mewah yang boleh mengangkut setengah tan ikan mayong dari pasar tersebut. Berbicara soal mengenali kemampuan dan keperluan diri. Sama juga dengan wanita, jika kita tidak pernah mengeksplorasi ia, kita tidak akan tahu apa yang mampu dilakukannya. Untuk yang berkahwin sahaja; 'isteri umpama ladang, terokailah ia'. Sekian.
7. Pasrah
Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berakit ke hulu, berenang ke tepian, bersakit dahulu, bersenang kemudian.
Kalau jadi senang itu senang, semua orang sudah senang.
Ah, banyak pulak berperibahasa. Harap-harap anda faham. Kalau tak faham juga, mari sini aku bajak muka tu (gurau kasar). Ramai orang kita yang pasrah, berserah kerana MALAS untuk SUSAH.
Cth.
1. Berapa ramai antara kita yang berkereta ke tempat kerja, dan mengeluh sepanjang hari sebab trafik sesak? Berapa ramai yang boleh cari alternatif lain, tapi tak buat, sebab malas? Jalan kaki, naik basikal, naik Caferacer (motorsikal), naik LRT, naik helikopter atau tunggang unta sekalipon - pasti ada cara. Jimat masa berharga untuk dihabiskan makan malam bersama keluarga misalnya.
2. Berapa ramai antara kita yang sanggup beratur panjang di tol-tol lebuhraya sebab malas nak beli/topap (top up) Touch 'n Go, yang padahal terdapat di Kad Pengenalan kita? Berapa ramai pula yang tak tahu dan tak ambil tahu, IC kita ada fungsi T'nG?
3. Berapa ramai antara kita yang belum ada pasangan? Berapa ramai antara kita yang sudah ada pasangan, tetapi tidak puas hati, dan terus bersabar sebab tak cari jalan keluar (penyelesaian)? Berapa ramai antara kita yang sudah ada pasangan, tetapi ingin menambah pasangan, tapi tak tahu cara? (Soalan akhir tiada kena mengena dengan topik ini)
8. Biarkan ketakutan bukan kreativiti yang mengawal diri
Itu takut, ini kecut. Orang MALAS cari ALASAN. Orang RAJIN cari JALAN. Jadi kreatif, guna kapasiti otak kita yang luas, untuk selesaikan masalah. Atau cari orang-orang yang layak kita berguru.
9. Bakhil
BERI dan kita akan TERIMA.
Orang MISKIN (60%) akan terima dan terima.
Orang BIASA (30%) akan terima kemudian beri.
Orang KAYA (8%) akan beri kemudian terima.
Dan orang MULIA (2%) akan beri dan beri.
Jadi orang kaya sudahlah (senyum).
Sebagai pasangan, kita selalu fikir tentang apa yang pasangan kita buat dan beri pada kita. Sebelum kita buat dan beri kepadanya. Hukum di atas adalah mudah, kita hanya perlu fikirkan apa yang kita perlu buat dan beri pada orang, dan dengan izinNya, kita akan dapat HABUAN kita.
10. Gagal hidup dengan penuh makna!
Kita terlalu sebok bimbang akan masa depan dan hidup dengan masa silam. Keharmonian, kebahagiaan dan ketenangan sebenar datang dari sifat contentment (puas dan syukur), hidup sepenuhnya dalam waktu sekarang. Live the moment.
Mengakhiri dengan serangkap ayat klise; hari ini adalah apa yang kita usahakan semalam, dan esok adalah apa yang kita usahakan hari ini.
TAMMAT
No comments:
Post a Comment