Monday, May 31, 2010

PETUA: 4 Jalan Menuju K.A.Y.A

Dari amalan dan pengalaman, dari bahan bacaan penulis tersohor, dan nasihat mereka yang sudah KAYA.

1. Bekerja untuk DUIT
- jalan paling mudah tapi paling panjang; makan gaji, berniaga, mencuri etc

2. Duit bekerja untuk KITA
- memiliki aset-aset yang mendatangkan duit; hartanah, pelaburan, saham etc

3. Duit terPIJAK
- Jin dalam botol, judi, nombor ekor etc

4. KAHWIN duit
- kahwin janda/duda kaya, Dr. Che Rozmey, Susan Boyle etc

"Marrying money is a full time job, I dont need the aggravation, I'm a lazy slob."
by The Rolling Stones

Seorang capitalist berjaya dan KAYA yang juga bapa kepada wanita aku kenali berpesan, 'Son, it's not how much you MAKE, it's how much you KEEP'.

Bukan banyak mana duit yang kita BUAT, tapi banyak mana yang kita SIMPAN.

Kalau seorang Pilot bergaji RM10K sebulan dan mempunyai lifestyle mewah RM11K sebulan dengan berparty, loan kereta mewah hingga 9 tahun, kad-kad kredit yang boleh dibuat kipas satay Hj. Samuri - hidupnya juga tak ubah macam seorang pion bergaji RM1K yang berbelanja RM1.1K sebulan.

SERANGAN terbaik adalah dengan PERTAHANAN yang terbaik.

KAU TAKKAN KAYA KALAU KAU TAK PANDAI MENYIMPAN!

Jom belajar BERJIMAT: Live within your means

i. SIMPAN DUIT - simpan 10-30% dari pendapatan (soal pelaburan bincang lain kali)

ii. Beli yang PERLU, beli yang MAMPU - ada beg tangan LV tapi tak berisi duit pon tak guna, dari hujung rambut sampai hujung kaki pakai macam Fasha Sendut tapi ketiak busuk pon tak guna juga, jangan jadi hamba material - jangan jadi BODOH SOMBONG

iii. Terima HAKIKAT ada benda yang kita 'tak mati kalau tak beli' - tak perlu ikat perut untuk telefon BlueBerry atau StrawBerry, telefon hanya telefon; berapa banyak kasut, handbags, telefon, dan berus gigi yang perlu untuk sepasang kaki, bontot, telinga, dan kepala otak kau?

iv. Belajar MEMASAK - makan di rumah paling sedap, sihat dan jimat; kita boleh buat Pasta Carbonara atau Rib-eye Steak macam di Chillis atau Fridays dengan hanya 1/3 kos (nanti aku ajar)

v. Belajar hidup tanpa KAD KREDIT - penyumbang utama masalah kewangan masyarakat bekerja; kalau tak pandai tahan nafsu bershopping, belajarlah tahan nafsu apply kad kredit

vi. Elak HUTANG - biasakan beli dengan tunai, atau membayar duit muka yang besar, elakkan tempoh loan yang panjang untuk benda yang akan jatuh harga cth. kereta

vii. Cari PASANGAN yang kukuh ekonomi (yang tak banyak 'songeh') - give and take akan hasilkan 'yang rugi dan yang untung', berKONGSI lebih baik; "Baby, let's go to Japan. Since you're paying for the air tixs, lemme pay for the accomodations."

viii. MANJAkan diri sekali-sekala - untuk motivasikan diri dan untuk ingatkan diri yang kehidupan 'manja' dan mewah menanti untuk orang yang berusaha untuk berubah; singgahlah ke Chillis atau Fridays SEKALI-SEKALA (boleh curi resipi), tapi setelah memastikan semua yang di atas dipatuhi

ix. BerSUKAN - badan yang sihat bantu otak cerdas, bila badan dah sihat takkan nak makan bukan-bukan lagi (makanan penyumbang masalah kesihatan dan kewangan; Nabi pesan 'ubat yang mujarab adalah kurang makan'); takkan dah KAYA nanti taknak nampak muda dan gagah

x. Contentment; puas hati dengan apa yang ada - for me, being RICH is being CONTENT; kalau duit berjuta mampu beli Ferrari Fiorano etc sekalipon, kalau tak content esok-esok Ferrari akan keluarkan model baru, begitu juga Lamborghini atau Maserati - tak sempat nak belek-belek celah sana-sini dah nak tukar baru; yang naik Kancil tu janganlah jeling-jeling Ferrari dan biarkan kereta tak berjaga kalaupon malas nak bersusah payah jadi KAYA; yang dah ada isteri COMEL janganlah jeling-jeling perempuan SEKSI yang melintas, hargailah dan sayangilah isteri anda - tapi kalau MAMPU apa salahnya

Thursday, May 20, 2010

Si Cantik dan Si Hodoh

Beauty and the Beast

Macam beruk dapat bunga?

Apa beruk buat bila dapat bunga? Takkanlah dia nak letak dalam pasu, isi air dan hiaskan di ruang tamu. Sebab dia beruk. Dah tentu dia jahanamkan bunga, yang cantik pada mata kita, tapi bukan di mata beruk.

Aku nak sembang pasal Bung Moktar dan Zizie Ezette, bukan pasal beruk dan bunga.

Bung Moktar tidaklah sehodoh beruk, mahupon Zizie Ezette tidaklah secantik bunga di jambangan indraloka (entah apalah aku merepek ni). Tapi secara peribadi Zizie Ezette ada tarikan tersendiri, seksi, 'tembam-tembam berair'. Dan Bung Moktar bukanlah calang-calang orang.

Ada juga yang tak setuju dengan kombinasi mereka. Ada yang kata Zizie Ezette gila harta, materialistik etc. Ada yang kata Bung Moktar tak sedar diri, macam beruk etc.

Bagaimana dengan Dato' K dan Siti Nurhaliza, Dr. Che' Rozmey dan gadis-20-tahun-lebih-muda-yang-diurat-di-hentian-bas-Alor-Setar, F1 Supremo Bernie Ecclestone dan gerombolan supermodel yang mengelilinginya?

Tapi aku nak tanya, siapa yang layak adili mereka? Siapa yang letak standard dan kayu ukur? Siapa kata Bung Moktar tak layak dengan Zizie Ezette?

Pasangan si kacak dan si cantik yang hidup bahagia selama-lamanya, hanya wujud di alam khayalan Hollywood.

Di dunia nyata, LELAKI yang duduk di hirarki teratas, adalah lelaki yang BERJAYA. Dan PEREMPUAN yang layak dengannya adalah yang CANTIK.

Untuk jadi berjaya dan kekal cantik TIDAK MUDAH. AMAT PAYAH. SANGAT SUSAH.

Jadi, layakkah mereka?

Tapi aku agak ragu yang Bung Moktar akan berjaya lalui sebulan dibelakang lokap. Dan susah juga nak kekal cantik bila masyarakat mula menyerong pandang Zizie Ezette.

Wednesday, May 19, 2010

Kepala Otak

Dalam topik 'Temujanji Sempurna' aku ada sentuh pasal membuang huruf 'D' di dahi - 'D' untuk Desperation atau terDesak.

Apa yang aku mencarut?

Untuk seorang lelaki berjaya memikat seorang perempuan, dia perlu melalui 4 fasa:

1. Pengenalan 2. Tarikan 3. Keselesaan 4. Godaan

Daripada proses pertama membuka mulut untuk berkenalan, sehinggalah membuka apa-apa yang patut dan yang tak patut untuk tarikan (cth: membuka pintu Mercedes Benz CLS350 untuk gadis 20 tahun lebih muda gaya Dr. Che' Rozmey). Menunjukkan sedikit vulnerability (maaf aku tak ada kamus Dewan Bahasa sekarang). Dan godaan.

Fasa-fasa itu tak boleh tak dipatuhi, juga dilangkaui. Penat-penat lalui fasa 1 dan 2, kerana 'D' ada yang mengabaikan 3 dan mahu terus ke 4 - undang BENCANA atau GAGAL.

Si lelaki berpenat lelah memerah daya dan connection etc untuk nombor telefon si gadis. Bersusah payah memikat dengan gaya seorang Raja Biawak sejati, dengan charm, sense of humor dan segala helah dalam buku teks. Tapi bila sampai proses mendalami diri masing-masing, menunjukkan sedikit kelemahan disebalik ke'macho'an, proses menjadi manusia (blah-blah-blah) - si lelaki terburu-buru hendak menggoda atau memiliki - si gadis akan, sebut bersama-sama aku, LARI!

Perempuan CANTIK bagaikan seekor ANJING...

Terkejut? Tunggu aku habis cakap.

Bagaikan seorang budak kecil yang hendak menangkap rama-rama. Berhati-hati, perlahan-lahan dia menghampiri, tapi bila sudah di depan mata dan difikirnya rama-rama akan jatuh ke dalam tangan - si budak akan terburu-buru, terDesak, dan rama-rama akan sedar lalu TERBANG.

Anjing tidak dapat melihat seperti kita manusia. Mata anjing hanya melihat warna-warna tertentu. Bila kita berdepan dengan anjing dan kita takut, badan kita akan kelihatan merah pada mata anjing. Merah bermakna bahaya, dan anjing akan bertindakbalas pada bahaya, anjing datang menyerang - it'll bite.

Perempuan cantik ada radar anjing. Mereka dikejar dan dihampiri begitu ramai lelaki. Dan mereka secara semulajadi, melalui pengalaman atau kemahiran, memiliki radar itu untuk memilih pasangan yang sesuai - memisahkan yang jantan dari yang pondan.

Jika terpampang huruf 'D' di dahi si lelaki malang (atau bodoh) itu, nescaya si gadis akan meng'gigit' - percayalah.

SHE WILL BITE YOU IN YOUR A$$!

Bagaimana nak buang huruf 'D' itu? Aku ingat kau taknak tanya. Lain kali pulak.

Your friend,

JD

Friday, May 14, 2010

Hujan

Aku solat Jumaat naik motor. Tak bawa wallet dan handphone. Balik tayar pancit. Ke kedai motor, tutup. Tinggal motor, balik jalan kaki. 2/3 perjalanan, hujan lebat. Tersadai di hentian teksi.

Kau sangka aku MALANG? Tak, aku langsung tak malang. Aku berkenalan dengan seorang gadis yang juga tersadai, dari jogging. AYU orangnya.

Bahagian akhir tu aku TIPU. Yang ada di hentian teksi/bas itu, seorang gadis pribumi dengan bayinya (tanah MK Land di sini asalnya milik orang asli). Dan seorang mamat despatch yang tak habis-habis menyeranah hujan yang turun.

Aku tunggu sepuluh ke lima belas minit, aku redah hujan. Dosa-dosa bumi gugur seketika, tinggal air dingin dari syurga. Aku berjalan dengan langkah seorang lelaki suci (Ewah!). Sambil mendongak ke arasy. (Petua main hujan; biar hujan turun 10-15 minit untuk bersihkan acidic dalam air langit yang melimpah, tutup kepala pandang tanah, talakan muka ke langit, nikmat sungguh)

Lencun.

Tuhan bagi bala dan dugaan ada sebab. Untuk kifarah dosa-dosa kita, atau Dia nak bagi yang lebih baik untuk kita. Kedua-duanya tetap BAIK.

Aku masih ingat beberapa tahun dulu, aku maki hamun hujan yang turun menghalang perjalanan berdosaku. Kalaulah aku teruskan niat, tentu malang hari tu tak dapat dielak lagi.

Ah, nikmat sungguh hot shower lepas main hujan, dan Maggi asam laksa dengan secawan Milo panas.

Saturday, May 8, 2010

Temujanji Sempurna

"JD, aku ada kenal seorang awek cun ni..."

Perbualan itu bertolak dari ayat ini.

Secara tak langsung, aku seperti manggantung papan tanda "Doktor Cinta" di leher; dan kertas ber-selofan-tape tertampal di belakangku bertulis "Bapak Ayam".

Ramai yang datang meminta 'konsultansi' atau nasihat tentang PEREMPUAN. Aku tak pernah kedekut ilmu. Aku bantu apa yang aku mampu. Bertong garam dah aku 'cekik'. (Perhatian: Aku dah hidup dalam 4 dekad, walau cuma setahun dalam era 70an) Maknanya aku ni dah tua, lembab. Gurau.

"Aku nak bagi dia the perfect date, temujanji sempurna. Ada cara, JD?"

'Ada! Naik yacht sarapan di Pangkor Laut Resort. Lunch di JW Marriott KL. Naik jet peribadi, makan malam di Hard Rock Hotel, Penang. Sebelum berpisah, sarungkan dia cincin berlian 24karat. Purrrfect!'

Tak sanggup aku nak berseloroh begitu.

Sebaliknya aku tanya, "Apa pelan kau?"

"Entahlah. Aku ingat nak bawa dia dinner, dan tengok wayang. Mmm...kau rasa mana bagus, makan dulu ke wayang dulu?"

'Lebih baik kau bawak dia kahwin lari di Thailand, macam Rita Rudaini dengan entah-apa-ke-nama-budak-kembar-bola tu. Jangan lupa mas kahwin RM500/kepala atau penjara 15 hari.'

Pun aku tak sanggup.

Ada sesiapa yang boleh tolong aku jawabkan soalan ini. Tak ada? Dan aku yakin ramai juga yang tidak ada clue atau petunjuk.

Tapi percayalah, kombinasi 'makan & wayang' bukanlah jawapan terbaik untuk sebuah 'temujanji sempurna'.

One word: BORING! (Angguk bersama aku perlahan-lahan)

Sebenarnya tiada siapa boleh bagi jawapan tepat. Sebab 'temujanji sempurna' bergantung pada chemistry si lelaki dan si perempuan - bila chemistry sempurna, temujanji makan papadom dalam panggung Odeon menonton Padayappa pon jadi.

Apa yang mampu aku tolong ialah beberapa tips:

1. Elakkan kombinasi 'makan & wayang' (Duh!)

2. Jadi lebih spontan, bukan spondan
- ajak lakukan agenda harian: pilihkan kemeja kerja, tali leher, bra etc
- ambil angin naik motorsikal, basikal, trolley TESCO
- check out dan cuba restoran yang baru buka

3. Santai di kedai kopi kegemaran yang banyak orang singgah dan lalu lalang
- kedai kopi ada benda manis ie. cakes etc, perempuan ni macam semut suka gula
- jadikan gelagat orang sekeliling bahan bualan, perempuan juga suka mengumpat
- bila mulut dan akal sudah terbuka, hati dan persaan akan ikut serta

4. Libatkan dia dengan hobi anda
- ajar main motocross, gokart, melastik cicak etc (perempuan suka ilmu)
- ajak teman beli barang dapur dan sama-sama siapkan makan malam
- paksa ikut tengok CHELSEA merangkul piala BPL malam ini

5. Buang huruf 'D' dari atas dahi anda; 'D'esperate atau ter'D'esak
- part ni kita bincang lain kali - mentaliti adalah perkara terpenting

Your friend,

JD

Thursday, May 6, 2010

"Lawak ke?"

Itu soalan yang pertama terhambur dari mulut kawan-kawanku yang hapak tak berinsurans.

"Kau ni lawak ke, JD?"

"Cuba kau ingat baik-baik, pernah tak aku buat kau ketawa sepanjang kita kenal?" Aku cuba membela diri.

"Ada. Tapi itu lain, JD."

Sumpah potong ayam, puas aku perah otakku nan sejemput ini untuk cari beza 'berseloroh' dan 'berlawak' - Raja Lawak style.

Mungkin gadis-gadis bertuah yang bersamaku selama ini lebih arif dalam memberi penjelasan tentang persoalan tersebut. Atau sekurang-kurangnya memberi 'alibi' bahawa JD mampu berseloroh. Atau sekurang-kurangnya mampu 'gelak-paksa' pada jenakaku.

Ambil batu, pejam mata, dan lontarkan pada mana-mana kelompok gadis cantik - dan tentu akan terkena seseorang yang akan mengaku, antara kriteria yang dimahukan pada seorang lelaki idaman adalah sense of humor, sifat jenaka.

Tentulah itu kriteria terpenting selepas duit, rupa, duit, rupa, duit, duit, dan duit...

Tapi percayalah, sense of humor sahaja tak mencukupi untuk menjadi seorang Raja Lawak. Dan dalam dunia 'Realiti TV', hipokrisi juga perlu diadun rapi.

'Sudah terhantuk baru tengadah'.

Aku bukan nak cerita pasal 'teori konspirasi', cuma aku nak jawab soalan kedua terbesar sejak pembabitan aku dalam Raja Lawak 4 - "Kenapa kau menangis, JD?"

Aku kebetulannya, secara hodoh yang nyata, menitiskan air mata terunaku pada hari aku terpilih sebagai peserta Raja Lawak 4.

Aku pernah menelanjangi seorang jiran perempuan sebaya waktu umur kami 6 tahun. Ibuku 'kantoi'kan kami di dalam bilikku suatu hari. Pastilah ibu marah. Tapi dengan tenang aku jelaskan yang kami sedang main 'doktor-doktor'. Ibu bingung seketika, namun terus berlalu. Mungkin ibu tak berapa nampak sense of humorku.

Waktu 17 tahun, sewaktu aku bercuti dari asrama di bulan Ramadhan, 'si gadis pesakit' singgah ke rumah membawa juadah berbuka. Dalam kain batiknya; dia semakin dewasa, semakin ranum, semakin err...'sakit'. Aku perlu menjadi 'doktor'nya. Ingatanku mengimbau 11 tahun lampau. Alangkah indahnya kalau alasanku untuk main 'doktor-doktor' masih diterima pakai.

Tapi debaran di wajahnya waktu mata kami bertentang takkan dapat aku lupa, dan juga senyuman sinisnya sewaktu terpandang kain pelikatku yang 'terjungkit'.

YANG ITU LAWAK!

Kenapa aku menangis? Sebab aku datang dengan harapan tinggi. Harapan sendiri. Tiada siapa yang tahu aku di situ. Sebab tiada siapa yang akan dapat cerna apa yang aku cuba lakukan, tidak ibuku, tidak kawan-kawanku - aku datang membawa impi seniku.

30 tahun aku sediakan safety net, jaringan keselamatanku - tunaikan cita-cita akademik, untuk ibuku. Habiskan hampir seluruh waktu dewasaku di perantauan.

You wouldn't wanna know where I've been and what I've been through. And I swear that's not funny at all

Orang lelaki perlu menangis sekali sekala, untuk bersihkan hati, untuk kejayaan dan bukan kegagalan, dan untuk satu permulaan yang baru.