Friday, May 14, 2010

Hujan

Aku solat Jumaat naik motor. Tak bawa wallet dan handphone. Balik tayar pancit. Ke kedai motor, tutup. Tinggal motor, balik jalan kaki. 2/3 perjalanan, hujan lebat. Tersadai di hentian teksi.

Kau sangka aku MALANG? Tak, aku langsung tak malang. Aku berkenalan dengan seorang gadis yang juga tersadai, dari jogging. AYU orangnya.

Bahagian akhir tu aku TIPU. Yang ada di hentian teksi/bas itu, seorang gadis pribumi dengan bayinya (tanah MK Land di sini asalnya milik orang asli). Dan seorang mamat despatch yang tak habis-habis menyeranah hujan yang turun.

Aku tunggu sepuluh ke lima belas minit, aku redah hujan. Dosa-dosa bumi gugur seketika, tinggal air dingin dari syurga. Aku berjalan dengan langkah seorang lelaki suci (Ewah!). Sambil mendongak ke arasy. (Petua main hujan; biar hujan turun 10-15 minit untuk bersihkan acidic dalam air langit yang melimpah, tutup kepala pandang tanah, talakan muka ke langit, nikmat sungguh)

Lencun.

Tuhan bagi bala dan dugaan ada sebab. Untuk kifarah dosa-dosa kita, atau Dia nak bagi yang lebih baik untuk kita. Kedua-duanya tetap BAIK.

Aku masih ingat beberapa tahun dulu, aku maki hamun hujan yang turun menghalang perjalanan berdosaku. Kalaulah aku teruskan niat, tentu malang hari tu tak dapat dielak lagi.

Ah, nikmat sungguh hot shower lepas main hujan, dan Maggi asam laksa dengan secawan Milo panas.

No comments:

Post a Comment