Itu soalan yang pertama terhambur dari mulut kawan-kawanku yang hapak tak berinsurans.
"Kau ni lawak ke, JD?"
"Cuba kau ingat baik-baik, pernah tak aku buat kau ketawa sepanjang kita kenal?" Aku cuba membela diri.
"Ada. Tapi itu lain, JD."
Sumpah potong ayam, puas aku perah otakku nan sejemput ini untuk cari beza 'berseloroh' dan 'berlawak' - Raja Lawak style.
Mungkin gadis-gadis bertuah yang bersamaku selama ini lebih arif dalam memberi penjelasan tentang persoalan tersebut. Atau sekurang-kurangnya memberi 'alibi' bahawa JD mampu berseloroh. Atau sekurang-kurangnya mampu 'gelak-paksa' pada jenakaku.
Ambil batu, pejam mata, dan lontarkan pada mana-mana kelompok gadis cantik - dan tentu akan terkena seseorang yang akan mengaku, antara kriteria yang dimahukan pada seorang lelaki idaman adalah sense of humor, sifat jenaka.
Tentulah itu kriteria terpenting selepas duit, rupa, duit, rupa, duit, duit, dan duit...
Tapi percayalah, sense of humor sahaja tak mencukupi untuk menjadi seorang Raja Lawak. Dan dalam dunia 'Realiti TV', hipokrisi juga perlu diadun rapi.
'Sudah terhantuk baru tengadah'.
Aku bukan nak cerita pasal 'teori konspirasi', cuma aku nak jawab soalan kedua terbesar sejak pembabitan aku dalam Raja Lawak 4 - "Kenapa kau menangis, JD?"
Aku kebetulannya, secara hodoh yang nyata, menitiskan air mata terunaku pada hari aku terpilih sebagai peserta Raja Lawak 4.
Aku pernah menelanjangi seorang jiran perempuan sebaya waktu umur kami 6 tahun. Ibuku 'kantoi'kan kami di dalam bilikku suatu hari. Pastilah ibu marah. Tapi dengan tenang aku jelaskan yang kami sedang main 'doktor-doktor'. Ibu bingung seketika, namun terus berlalu. Mungkin ibu tak berapa nampak sense of humorku.
Waktu 17 tahun, sewaktu aku bercuti dari asrama di bulan Ramadhan, 'si gadis pesakit' singgah ke rumah membawa juadah berbuka. Dalam kain batiknya; dia semakin dewasa, semakin ranum, semakin err...'sakit'. Aku perlu menjadi 'doktor'nya. Ingatanku mengimbau 11 tahun lampau. Alangkah indahnya kalau alasanku untuk main 'doktor-doktor' masih diterima pakai.
Tapi debaran di wajahnya waktu mata kami bertentang takkan dapat aku lupa, dan juga senyuman sinisnya sewaktu terpandang kain pelikatku yang 'terjungkit'.
YANG ITU LAWAK!
Kenapa aku menangis? Sebab aku datang dengan harapan tinggi. Harapan sendiri. Tiada siapa yang tahu aku di situ. Sebab tiada siapa yang akan dapat cerna apa yang aku cuba lakukan, tidak ibuku, tidak kawan-kawanku - aku datang membawa impi seniku.
30 tahun aku sediakan safety net, jaringan keselamatanku - tunaikan cita-cita akademik, untuk ibuku. Habiskan hampir seluruh waktu dewasaku di perantauan.
You wouldn't wanna know where I've been and what I've been through. And I swear that's not funny at all
Orang lelaki perlu menangis sekali sekala, untuk bersihkan hati, untuk kejayaan dan bukan kegagalan, dan untuk satu permulaan yang baru.
No comments:
Post a Comment